Thursday, April 26, 2007

Apa YanG DiCari??

Jika kamu memancing ikan.... setelah
ikan itu terlekat dimata kail
hendaklah kamu mengambil terus ikan
itu.... janganlah sesekali kamu
lepaskan ia semula ke dalam air begitu
sahaja.... kerana ia akan sakit oleh
kerana bisanya ketajaman mata kailmu
dan mungkin akan menderita selagi ia
masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi
banyak pengharapan kepada seseorang...
setelah ia mula menyayangimu hendaklah
kamu menjaga hatinya.... janganlah
sesekali kamu terus meninggalkannya
begitu sahaja.... kerana dia akan
terluka oleh kenangan bersamamu dan
mungkin tidak dapat melupakan
segalanya selagi dia mengingatimu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada
takungannya dan janganlah menganggap
ia begitu teguh.... cukuplah sekadar
keperluanmu. ... Apabila sekali ia
retak.... tentu sukar untuk kamu
menampalnya semula.... akhirnya ia
dibuang.... sedangkan jika kamu cuba
membaikinya mungkin ia masih boleh
digunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki
seseorang terimalah seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya
dan janganlah kamu menganggapnya
begitu istimewa.... anggaplah dia
manusia biasa. Apabila sekali dia
melakukan kesilapan bukan mudah bagi
kamu untuk menerimanya. ... Akhirnya
kamu kecewa dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh
jadi hubungan kamu akan berterusan
hingga keakhirnya.. ..

Jika kamu telah memiliki sepinggan
nasi... yang kamu pasti baik untuk
dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari
makanan yang lain.. Terlalu ingin
mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu
akan basi dan kamu tidak boleh
memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu
dengan seorang insan... yang kamu
pasti membawa kebaikan kepada dirimu.
Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa
kamu berlengah, cuba membandingkannya
dengan yang lain. Terlalu mengejar
kesempurnaan. Kelak, kamu
kehilangannya dan kamu akan menyesal
apabila dia beralih arah.


No comments: