Wednesday, May 16, 2007

Girl VS Grown Women

Girls : leave their schedule wide-openand wait for a guy to call and make plans.
Grown women : make their own plans and nicely tell the guy to get in where he fits

Girls : want to control the man in their life.
Grown women : know that if he's trulyhers, he doesn't need controlling.

Girls : check you for not calling them.
Grown women : are too busy to realize you hadn't.

Girls : are afraid to be alone.
Grown women : revel in it-using it as atime for personal growth.

Girls : ignore the good guys.
Grown women : ignore the bad guys.

Girls : make you come home.
Grown women : make you want to come home.

Girls : worry about not being pretty and/or good enough for their man.
Grown women : know that they are pretty and/or good enough for any man.

Girls : try to monopolize all theirman's time ( I.e., don't want himhanging with his friends).
Grown women : realize that a lil' bit of space makes the 'together time' evenmore special-and goes to kick it with her own friends!

Girls : think a guy crying is weak.
Grown women : offer their shoulder and a tissue.

Girls : want to be spoiled and 'tell'their man so.
Grown women : 'show' him and make him comfortable enough to reciprocate without fear of losing his 'manhood'.

Girls : get hurt by one man and make all men pay for it.
Grown women : know that that was just one man.

Girls : fall in love and chase aim lessly after the object of their affection,ignoring all 'signs'.
Grown women : know that sometimes theone you love, don't always love youback-and move on, without bitterness.

Girls : will read this and get an attitude.
Grown women : will read this and pass it on to other Grown women and their male friends".

Tuesday, May 15, 2007

Saper Yang Bersalah?

Memula skali ayang anto kat abang?

Dear abang,
Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke
kampung.
abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke
kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang
dan
kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan
disini... kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k
barangkali..
sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. sampaikan
abang
dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu
dah
masuk 3 malam... abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak
tauaa
ngape?

Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang
letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari
harga
kereta abang?

Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak
berkilat..tapi
ayang nak dapat kiss g.morning pun susah

Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli
kat
kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga
maintainance...ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..

Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa
abang
kata ayang tak sedar diri kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal
cecah
100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam
anak
kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.

Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak
macam
nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak

Paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab
takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??

Ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek
depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe..
jaga
diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah
bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR

Love,
ayang

ni abang lak bagi....

Dear Ayang,
Bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham
keta
tu keta bos abang. Nanti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang
suruh
keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan
sarapan
nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak
wat
keja umah..

Cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta.. abang balik keja
lambat
skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi
keja...lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg
di
oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam
balik
yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr
jepun.. nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti
muka
cam doremon..ish xnak laa abang..

Pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat
dapur..
ayang yang tersalah buang ingatkan sampah... tulah abang suruh kemas
umah
tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi
serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..
Sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa
kita kawin cuma rm8k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak
wat
loan rm8k..tapi demi ayang abang wat jugak..
sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak
ayang
wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak
muka
pontianak dlm citer phsm.. bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu
gi
cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang
xyah
laa nak cukur kening ayang tu...pasal morning kis tu, ayang bgn pun
dah
tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak
citer..

Tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati
abang..nanti
kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan Cuma jgn
lupa
kim salam kat mak ayah kat sana .. kalau ada gulai tempoyak ke nnti
jgn
lupa bwk balik skit..

Kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu
tu...
biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan ..bukan apa takut
lembu
tu
tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital.
abang
kene tanduk xpe..

Jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni..
nak
dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak
lagi
haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jgn
sampai
jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak
wat
cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut
ayang
masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang ketawa...hahahhahahahahha

Friday, May 11, 2007

10 cara mengatasi tekanan hidup

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah :

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yangsesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8) Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan- rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita
mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya

Friday, May 4, 2007

Keluarga Bahagia

hari nie...kita akan berkenalan dengan sebuah keluarga bahagian..kalau Alyarham Tan Sri P.Ramlee ada keluarga 69..kisah yang akan aku citerkan tak kurang hebat...aku namakan keluarga BAPAK..sebabnyer..merekalah yang menceriakan kawasan perumahan ini dengan suara2 sumbang masing2....


KELUARGA BAPAK




nama dia Khairil Anizzah Bt Mat Isa yang memegang nombor UK10525,juga merupakan ketua keluarga atau lebih dikenali sebagai bapak.....mcm mana dia dilantik sebagai bapak aku pun tak tau lah...mengikut sumber yang boleh dipercayai, mereka melantik cik nija nie sebagai bapak sebab masa tur dia rajin kuar rumah membeli barang2 rumah..itu kata diaorng lah...tapi inilah bapak..yang sungguh baik hati,sentiasa bersama-sama kawan2 serumahnyer ketika diperlukan....tapi..dalam baik hati tue..sensitivitinyer boleh tahan gak...huhuuh..tapi aku konpius lah..keluarga ni ada ayah..tapi mana ibunyer???jawap bapak jangan tak jawab tau!kesian pada anak2nyer kerana kekurangan kasih sayang seorang ibu..

p/s:carilah ibu bagi keluarga nie k...sian..



ANAK SULONG BAPAK



Yang ini plak merupakan anak sulong bagi kuarga Bapak...namanya Nor Asiah Bt Mohamad @ Razak. Dia memegang nombor UK10997. Orang kemaman, terengganu...aku tak faham kenapa dia mendapat status anak sulong.mungkin sebab dia paling tua di kalangan kami. aku berpendapat yang dia sepatutnyer menjadi anak betrayed sebab dah kena halau dari asrama UMT baru dia kembali ke pangkuan keluarga bapak.agak2nye lah..kalo tak kena halau dari asrama mesti dia tak balik2 umah...huhuu...lama betul dia melarikan diri..ishk...kak nor nie ala2 malim kundang ker??walau apa pun..aku suka naik nyamuk kak nor..romantik giler....kak nor ckp nyamuk hanya sesuai untuk orang yang bercinta ajer..sebab seat dia kecik..nanti kena duduk rapat2...jadi..satu soalan untuk kak nor di sini..heheh..sebab tu ker kak nor beli nyamuk?hikhihkik..i gurau jer k..anyway..hidup untuk nyamuk kak nor!!!..memang best r...



ANAK KEDUA BAPAK



ini kak yan ataupun nama sebenarnya adalah Nuryana Naufal...huhu..best nama kak yan..orang terengganu gak tapi duk dungun...skang kak yan balik kg..huhuhu..best r dia...rumah dekat,jadi dia slalu balik kg..dengki tul ngan kak yan ni...huhuu...oleh sebab aku tgh dengki ngan dia sebab dia balik kg..aku tak tau nak citer apa pasal dier... :( aku nak balik kg gak!!!!!



ANAK KETIGA BAPAK



yang ini plak namanya Emi Nur Shuhada Bt Omar. orang taiping, perak...dia dilantik sebagai anak bapak yang ketiga...kitaorng pgl dia kak pitt..mcm mana dia dapat nick tur...jian r tukang bagi gelaran tur...sian dia...tak patut betul jian bagi nick dia mcm tur...tapi tak per....jgn salah sangka dengan dia..nama jer kak pitt..tapi dia tak suka merempit(kadang2 dia suka bawa motor laju2,suka bawa motor besar)...ni lah cikgu motor aku....hikhikhik...tima kasih yer kak pit..kerana sudi mengajar aku bawa motor setelah aku desak dia berbulan2..kihkihk..pas nie ko kena ajar aku rules jalan raya plak tau..tapi..ko kena jwb soklan aku..asal sejak dua menjak nie ko asyik kenakan n cari gaduh dgn aku jer..ooo...mentang2lah bapak tak pernah defend aku..smpi hati ko buli aku..uwaaaaaaa...aku report dgn kakak tiri aku tau..lupa plak..dia pegang nombor UK105656..dekat2 jer dgn nombor uk aku..tapi ada hati nak gaduh dgn aku!cetttttt!


ANAK KEEMPAT BAPAK



hmm..adik manis bercermin mata nie memegang nombor UK10435...namanya Aina Hazwani Bt Jusoh...bapak kata dia anak paling degil..wakakkakakk...memang pun!kalo ajak makan bukan main liat..tu blum lagi ajak g jalan2...ishk2..aina2...smpi bila ko nak jadi degil?berdosa tau..ko nak jadi mcm si tenggang ker?ko tak takut ke kalo bapak sumpah jadi keter mcm PDC?ko nak?ishk...cepat g mintak maaf dgn bapak tur...bapak tu riso degan ko tak makan2..sampai dia pun tak lalu makan...sian tau kat bapak....korang dua orang tu lah dah lah sama kurus...takkan nak diet gak...ihsk2..tah apa nak jadi dgn aina nie....

p/s : anak sedara ko comel..nanti peluk cium aku untuk dia k..


ANAK KELIMA BAPAK



haa...yang ini bapak cakap dia anak yang paling kuat melawan..ishk..cian....ko kuat melawan ke peja??aku konpius mcm mana ko bley dapat status tur??hmm..aina dan peja nie..merupakan kawan sepermainan game aku..kitaorng suka main game cari barang...sampai juling mata kami main game tu...huhuhu.....satu perkara yang aku ingt tentang peja ialah..skuter dier...aku berkenan betul tgk skuter dier dari mula2 dia bawa skuter tue...comel sgt...ringan...ada history skuter tu dgn aina..sian diorng...huhu..aku takkan lupa lawatan aku ke rumah lama ko dulu semata2 hanya untuk melihat sebesar mana luka yang dialami korang berdua...alah tak serius pun...tu lah..lain kali jgn melawan..kan dah kena tulah bapak..betul tak bapak??itulah serba sedikit menngenai Fariza Shuhada Bt Mat Yusof yang memegang nombor UK10438..



ANAK KEENAM BAPAK



heheehh..ni adalah anak bapak yang slalu kuar dating..sama jer perangai dengan anak bongsu dier...bila gambar ramai2 ajer, kalo muka dia tak der, tu maksudnyer dia tgh dating lah tur...tapi..secara tidak sengaja aku telah dilantik menjadi anak kepada pasangan bahagia nie...heeeh..nafkah untuk i jgn lupa bagi ye mak Qema and bapa Bidi...anak u nie slalu tak ckp duit...tiap mgu bagi lah i duit poket..bukan banyak pun..RM1 jer k..anyway..aku doakan kebahagiaan anak keenam bapak nie...nanti kawin jgn lup hntr kad tau..INSYA ALLAH..ada rezeki aku datang sana nanti...bye cik Faizatul Aqmar Bt Mohd Nor=UK10554


ANAK BONGSU BAPAK



hohoho..nilah anak bongsu kesayangan bapak..ceh..nama jer anak kesayangan...tapi suka cari gaduh dgn aku..huuhuhuhu...ni cik Laila Khadijah Bt Awaludin UK10539...bila ko nak bagi aku hadiah yang aku mintak tu???aku nak 5 tau..ko dah janji tau...huhuhu...satu keistimewaan mengenai anak bongsu nie..mulut dia manis..agaknyer sebab tu bapak sayang dia kot...tapi ela...aku teringin nak g sabah...supportlah tambang kapal terbang aku..aku nak ikut ko balik...wuwuuwuwu


ANAK TIRI SULONG BAPAK @ KAKAK TIRI AKU



ni lah kakak tiriku yang bernama Hamidah Bt Shaari..tah betul tah salah nama tur aku pun tak tau..sebab dia tak der kat sini untuk ditanya...kamilah anak tiri2 yang sentiasa didiskriminasikan...jgn bimbang kakak tiri..kalu ko nak tau, walupun aku duduk dekat dgn bapak..aku masih didiskriminasikan oleh mereka...uwaaaaaaaaaa...selamatkan aku kakak tiri..huhuhu...




tulah serba sedikit tentang keluarga bapak...ahli keluarganya ramai,macam2 karenah..sepanjang aku tinggal dengan mereka,aku rasa seronok..kadang2 terlupa seketika pada masalah hidup bila bergurau dengan mereka...they teach me one of important thing in my life..the value of a freindship...whats actually the friendship means...suka lihat sikap mereka yang saling bantu antara satu sama lain...ceria....bergaduh...seronok...satu pengalaman,memori dan nilai persahabatan yang takkan dilupakan dan takkan boleh dibeli dengan wang ringgit..

kadang2 bila lihat mereka buat aku terfikir...susah ker nak cari orang yang betul2 memahami diri ini??ataupun aku yang sukar difahami??tinggi sngt ke permintaan aku??i dont need a best friend..i juz need somebody that understanding me..give me support..help me when i'm down, and know how to be closed with me so that we can shared everything each other...bukan kemewahan, paras rupa, kebijaksanaan yang menjadi pengukuran dalam mencari nilai persahabatan, tapi yang penting ialah kejujuran, keikhlasan, yang paling penting adalah faham tentang aku...tahu apa yang perlu dilakukan bila aku diam,sedih,gembira,melarikan diri bukannyer mencabar kewibawaan diri dan menuduh yang bukan2 tanpa siasat,tikam dari belakang...oh tuhan...susah ker hidup nie?atau aku tak cukup matang lagi menghadapi dugaan MU ini....sebegini berat dugaan yang dihadapi..lepas satu2 masalah yang datang....hingga aku tidak percaya lagi pada sesiapa...beritahulah aku siapa yang patut yang aku percaya..yang mana kawan?yang mana lawan?bagaimana untuk bezakan mereka?mungkin diri ini banyak kelemahan sehinggakan sukar orang nak faham diri dan memahami kehendak aku...hanya diri sahaja yang faham tentang diri sendiri dan kehendak..

apa pun..aku mendoakan semoga persahabatan mereka satu rumah ni diberkati ALLAH S.W.T...harap kekal sampai ke anak cucu..andai kata kita ditakdirkan untuk tidak berjumpa lagi..blog ini akan menjadi perhubungan antara kita semua...Akhir kata, i'm so lucky to know all of you...thanks for everything...semoga kalian berjaya mengejar cita2 dan impian masing2...aminnnnnn...

Tulus Ikhlas,
emaiza_04

Thursday, May 3, 2007

sedih+blank+blur


"kenapa ek..malam nie..semua benda rasa tak betul..perasaan bercampur2 ajer...dah tak larat dah nak hadapi semua ni lagie...tuhan berikanlah kekuatan pada diri...hilangkan rasa kesunyian dan sepi yang melanda diri ketika ini....amin.........."

Antara sistem,komputer,laptop atau pun aku yang biul???

ishk..biul...komputer memang biul..huhuh....kadang2 aku tak faham komputer...elok ajer sistem aku run ..tak der error pun...knp masa presentation hari tur dia buat perangai???eeeeeeeeeee!geramnyer aku........