Monday, August 20, 2007

5 Petua untuk tidur yang Lena..

1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.

2. Tunaikan solat Isya' sebelum tidur.

3. Bersihkan tempat tidur seperti tilam, bantal dan cadar dari habuk dan lain-lain kotoran.

4. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti yang diajarkan Rasulullah S.A.W.

5. Kurangkan masa tidur dari lapan jam sehari kepada tujuh jam sehari untuk bulan pertama latihan; pada bula kedua kurangkan masa tidur malam kepada enam jam sehari, seterusnya pada bulan ketiga kepada lima jam sehingga kita boleh tidur untuk masa tiga jam sahaja.

4 comments:

Eimie said...

Aku tak paham ckit dengan tips yang kelima tu. Bukan ker kita kena tidur cukup 8 jam sehari, baru ble cergas. Ermm...

aiza nor' akmarlina said...

aku tak pernah praktis agie..huhu..apa kata ko praktiks dulu.tapi setau akulah...orng dewasa pny time tido hny 6-7jam..

kayrel said...

weh.. aku sejak keje ni dah tdo 9 jam satu hari.. camaner nih? wuwuwuu

aiza nor' akmarlina said...

ekekekk...sama kes lah kita cik nizza...aku pun sejak kejer..kul 10.30-11 aku dah tido dah..huhu..hr2 smpi umah kul 8 lbh...sianyer aku...korang tak kesian ker??