Wednesday, December 19, 2007
Cuba Lihat Anda Num Brape??
Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9
no.1
----
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda.
Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.
no.2
----
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.
no.3
----
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.
no.4
----
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni.
Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.
no.5
----
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan.
Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan.
Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.
no.6
----
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.
no.7
----
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.
no.8
----
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.
no.9
----
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental.
Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka.
Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain.
Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.
Monday, October 29, 2007
Kisah Benar Seorang Anggota Polis
Sebuah kisah benar yg terjadi dan tak dpt dilupakan dalam sepanjang hidup!
Pesanannya, Hati2lah bila masok ka tandas dan pandang sekeliling dan baca doa masuk tandas supaya anda tidak mengalami
Malam itu, malam Jumaat. Kebanyakkan anggota polis dan penyiasat-penyiasat semua dah balik ke rumah, ada yang keluar makan, ada pulak yang sedang melakukan rondaan atau serbuan di tempat-tempat yang hangat disarang jenayah.
Aku baru jer balik dari rumah mayat SGH utk mengenal pasti satu mayat yg menurut doktor rumah mayat, adalah Lim Ah Bee, seorang pemandu teksi, yang dilaporkan hilang 7 hari lepas. Memang betul tu lah dia, menurut gambar-gambar yang diberikan oleh ahli keluarganya, yg melaporkan kehilangan Ah Bee kelmarin. Badanku berlengas peluh dan bau busuk dari bilik mayat. Setibanya dipejabat, aku mencapai tuala dan sabun, menukar kasut, dan menuju ke arah bilik mandi. Jam di dinding menunjukkan pukul 12:20 malam. "Apa lah nasibku ini," aku mengeluh...
Baru semalam shif pagi, dan hari ini hari cuti aku. Tapi terpaksa bekerja juga. Sgt Hilal terpaksa mengambil cuti tergempar kerana bapanya sakit teruk. Takpelah hari ni hari dia. Besok mungkin hari ku pulak.
Sampai jer di bilik air, aku terus menuju ke kamar mandi. Seluruh bilik air tu kosong, sebab hanya 3 orang jer yg bertugas malam tu. Kedua-dua rakan sekerja yg bertugas keluar menghadiri kes. Aku pun melucutkan pakaianku, terus membuka air panas dan membiarkan air itu menbasahi seluruh rambut dan badanku...
Tiba-tiba, terdengar bunyi yang aneh, "Pssssttttt. "
Mula mula, aku fikir salah seorang dari kedua rakanku itu dah balik ke stesyen dan ada di kamar mandi.
Aku pun menjerit "Bala, kau ke tu ?" tapi tak ada jawapan.
Aku pun sambung menggosok gosok sabun ke seluruh badanku. Kurang dari 3 minit kemudian, bunyi tu ada lagi " Psssssssttttt" . Tetapi kini, diikuti dengan bau wangi, seperti bunga mawar. Dentuman hatiku terus pantas, dan perasaan takut menyelubungi ku. Aku pun bergegas mengosokan sabun yang masih ada di tubuhku, ambil tuala dan mengelap seluruh tubuh. Setelah menyarung seluar, aku mencapai baju dan terus membuka pintu.
Tiba-tiba, didepan muka ku, bunyi itu datang lagi, kini lebih kuat "PSSSSTTTTTT" ............ diiringi bau wangi yg menusuk hidungku...
Aku terpaku, tidak bergerak seketika... Lepas tu barulah aku pandang ke atas.....
***PERHATIAN! !!
Pada sesiapa yg lemah semangat, harap hentikan membaca sampai disini jer, kerana kejadian ini memang benar2 berlaku.
Sila scroll ke bawah...
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
>>
Lalu aku tertawa sendiri...
"Cilaka punya perfume dispenser" buat suspend jerrrrrrrr.. .
Friday, October 26, 2007
Kisah Yang Akan Kita lalui
"KISAH YANG MUNGKIN NYATA"
Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku
terus duduk berehat disofa sambil melepas penat. Sepertinya aku
sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat.
Sementara
anak2 &
isteri sedang berkumpul diruang tengah.
Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin
sepoi2 yang menghembus tepat di muka ku. Selang beberapa lama seorang
yang tak tampak mukanya berjubah putih dengan tongkat ditangannya
tiba2 sudah berdiri di depan mata.
Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu. Sebelum
sempat bertanya..... siapa dia... tiba2 aku merasa dada ku sesak...
sukar untuk bernafas....namun aku berusaha untuk tetap menghirup
udara seperti biasa.Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang
berjalan pelan2 dari dadaku...... terus berjalan.....kekerongkongku....
sakittttttttt........
sakit......rasanya.
Keluar airmataku menahan rasa sakitnya,....
Oh Tuhan apa yang telah berlaku pd diriku.....Dalam keadaan yang
masih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari
tubuhku...kkhh......... khhhh..... kerongkonganku berbunyi. Sakit
rasanya, amat teramat sakit..... Seolah tak mampu aku menahan benda
tadi...Badanku gementar... peluh keringat meluncur deras....mataku
terbelalak..... air mataku seolah tak berhenti.Tangan & kakiku
kejang2 sedetik setelah benda itu meninggalkan aku. Aku melihat
benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu... pergi... berlalu begitu
saja.... hilang dari pandangan.
Namun setelah itu......... aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat,
segar, cerah... tidak seperti biasanya. Aku heran... isteri & anak2
ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut berhamburan ke
arahku.. Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada
tepat di atas sofa yang kududuki tadi. Badannya dingin kulitnya
membiru. Siapa dia???????...Mengapa anak2 & isteriku memeluknya
sambil menangis...mereka menjerit... histeria .... terlebih isteriku
seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi... Siapa
dia.............???????? Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya
dibalikkan. Dia........ dia....... dia mirip dengan aku.... ada apa
ini Tuhan...????????
Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu..... Aku cuba pula
untuk merangkul anak2 ku tapi tak berjaya. Aku cuba jelaskan kalau
itu bukan aku. Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini.. Aku mulai
berteriak.....
tapi
mereka seolah tak mendengarkan aku. Seolah mereka tak melihatku...
Dan mereka terus-menerus menangis.... aku sedar.. aku sedar bahawa
lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku. Aku telah mati... aku
telah mati.
Aku
telah meninggalkan mereka .. tak kuasa aku menangis....
berteriak......Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku.
Aku sangat sedih.. selama hidupku belum banyak yang kulakukan untuk
membahagiakan mereka. Belum banyak yang telah kulakukan untuk
membimbing mereka. Tapi waktuku telah habis....... masaku telah
terlewat........ aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di
sofa setelah penat seharian bekerja.Sungguh, bila aku tahu aku akan
mati, aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk
keluarga dll.
Aku menyesal aku terlambat menyedarinya. Aku mati dalam keadaan belum
sholat. Oh Tuhan, JIKA kau inginkan keadaanku masih hidup dan masih
bias membaca E-mail ini sungguh aku amat sangat bahagia. Karena aku
MASIH mempunyai waktu untuk bersimpuh, mengakui segala dosa & berbuat
kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada
keadaan yang lebih bersedia.
Tuesday, October 23, 2007
Remove worm "i dont hate mozilla, please use IE"
2. click on Process Tab
3. Delete only the svchost.exe of your user name
4. type c:\heap41a in you address barof your explorer and you can trace this folder
5. Now give a smile… you have done it….
Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!
Disable the auto run feature in the system
2.Type RegEdit in the Open text box, then press ENTER.
3.In the Registry Editor, locate and click the following registry key:
4.HKEY_LOCAL_MACHINE\System\CurrentControlSet\Services\CDRom
5.Modify the value of the Autorun to 0 (zero) so that CD-ROMs and Audio CDs do not run and start automatically when inserted.
6.Next navigate to the following registry subkey:
7.HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Explorer
8.Modify the value of the NoDriveTypeAutoRun entry to 0xb5 value to turn off the AutoRun feature for CD-ROMs by right-click NoDriveTypeAutoRun and then click Modify to type B5 in the Value data box. Select Hexadecimal, and then click OK.
9.Quit Registry Editor.
10.Restart your computer.
Wednesday, October 17, 2007
Rahsia Alam
1. Rama-rama merasa makanannya dengan kaki.
2. Bunyi itik tidak menghasilkan talun (echo).
3. Dalam tempoh 10 minit, taufan membebaskan lebih banyak tenaga
berbanding keseluruhan tenaga yang boleh dibebaskan dari senjata
nuklear
yang terdapat di bumi.
4. Secara purata, ramai manusia lebih takut labah-labah daripada takut
mati.
5. Gajah adalah satu-satu mamalia yang tidak boleh melompat.
6. Satu dari dua billion manusia akan dapat hidup sehingga 116 tahun
atau lebih.
7. Tidak mustahil bagi lembu menaiki tangga tetapi ia tidak boleh
menuruni tangga.
8. Wanita berkelip mata dua kali lebih banyak dari lelaki.
9. Secara fizikal semulajadi, adalah mustahil untuk anda menjilat siku
sendiri.
10. Siput boleh tidur sehingga tiga tahun.
11. Saiz mata manusia tetap sama sejak dilahirkan, tetapi tumbesaran
hidung dan telinga tidak pernah berhenti sewaktu hidup.
12. Semua beruang kutub adalah kidal.
13. Mata burung unta adalah lebih besar dari saiz otaknya.
14. TYPEWRITER adalah perkataan terpanjang yang boleh dibina dari
huruf-huruf yang terdapat dalam satu barisan yang sama pada papan
kekunci.
15. Hampir semua pembaca artikel ini akan cuba untuk menjilat sikunya
SEBENTAR TADI....he..he..he....betul kan ...??jgn tipu..ek.... Secara
JUJUR,BETUL KAN ?????? heheheee
16.dan satu lagi semua pembaca artikel ni jugak mesti tengok keyboard
(papan kekunci) untuk pastikan perkara 14 betul (TYPEWRITER)
sebenarnya
:TYPE-WRITER-POWER-TOP-PORT-PRY-WET-TRY-WRITE-WIT-IT-OR-PRO-POW-TO-QUOTE
-QUIT-PIT-ROUTE-TYPER-TROOPER-TRIP-PURR-dan lagi,lagi.lagi..
Wednesday, October 10, 2007
Amalam Minum Air Panas
Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas ....
Artikel ini berguna untuk semua. Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!. Secara logik..., mungkin ada kebenarannya. . Orang-orang China dan Jepun mengamalkan minum teh panas sewaktu makan.... dan bukannya air berAIS.
Mungkin sudah tiba masanya kita meniru amalan minum air panas sewaktu menikmati hidangan!!!! Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah akan mendapat faedah dari amalan ini.
Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan. Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT. Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.
Wednesday, September 26, 2007
Warna2 Perwatakan
2 hingga 11hb Januari - Oren
12 hingga 24hb Januari - Kuning
25hb Januari hingga 3hb Februari - Merah jambu
4 hingga 8hb Februari - Biru
9 hingga 18hb Februari - Hijau
19 hingga 28hb Februari - Perang
1hb Februari hingga 10hb Mac - Aqua (Biru kehijauan)
11 hingga 20hb Mac - Lime
21hb Mac - Hitam
22 hingga 31hb Mac - Ungu
1 hingga 10hb April - Biru
11 hingga 20hb April - Perak
21 hingga 30hb April - Putih
2 hingga 14hb Mei - Biru
15 hingga24hb Mei - Emas
25 hingga 3hb Jun - Krim
4 hingga13hb Jun - Kelabu
14 hingga 23hb Jun - Maroon
24hb Jun - Kelabu
25 hingga 4hb Julai - Merah
5 hingga 14hb Julai - Oren
15 hingga 25hb Julai - Kuning
26hb Julai hingga 4hb Ogos - Merah jambu
5 hingga 13hb Ogos - Biru
14 hingga 23hb Ogos - Hijau
24hb Ogos 2hb September - Perang
3 hingga 12hb September - Aqua (Biru kehijauan)
13 hingga 22hb September - Lime
23hb September - Olive
24hb September hingga 3hb Oktober - Ungu
4 hingga 13 Oktober - Biru
14 hingga 23hb Oktober - Perak
24hb Oktober hingga 11hb November - Putih
12 hingga 21hb November - Emas
22hb November hingga 1hb Disember - Krim
2 hingga 11hb Disember - Kelabu
12 hingga 21hb Disember - Maroon
22hb Disember - Teal Merah
Merah
Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang
comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi.
Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda 'angin satu
badan'! Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak
berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan
dengan mereka.
Krim
Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu
ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga
bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan.
Namun kamu cukup takut akan 'kehilangan' sama ada teman ataupun
kekasih. Selain itu, sudah tentunya kamu seorang yang ceria selalu! Sebagai seorang kawan, kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji. Dari segi percintaan, kamu amat berhati hati dalam menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang benar benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan sayang!
Teal (warna kayu)
Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki ataupun perempuan, terlalu
menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu
seri ng melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah membuatkan diri kamu punya ramai teman.
Merah Jambu
Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu tentang orang orang di sekelilingnya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya dan seri ng saja berpra sangka buruk terhadap orang lain.
Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan
keindahan semata.
Hijau
Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan
diri dengan orang yang baru di kenali. Mungkin kerana sikap kamu yang
tidak begitu pemalu namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan
jejaka/gadis yang benar benar sesuai untuk dirinya!
Emas
Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan
silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan ceria serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa.
Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang benar benar
kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama.
Kuning
Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang orang yang ada di sekeliling kamu. Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta.
Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia!
Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke depan. Tapi, jangan tak tahu. Kamu ni jiwang karat juga
orangnya. Sentiasa saja berminta hal hal yang romantik bersama si dia.
Alahai!
Maroon
Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan!
Oren
Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas
tiap perbuatan yang kamu lakukan. Bagulah macam tu. Kata orang, berani buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang di sekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangi ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting!
Ungu
Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya. Tak ramai orang yang
dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai.Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punya kedudukan dan agak stabil kewangan mereka.
Warna buah limau (Lime)
Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai.
Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda
masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewet juga kerana
perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personaliti tersendiri yang membuatkan orang ramai menyukai diri kamu.
Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?
Perak
Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah
kamu turut berbakat dalam bidang yang berkaitan dengan seni. Walau
bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan. Bukan apa, kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauhmana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap 'hard to get' untuk menduga keikhlasan
hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seri ngkali dilanda kekeliruan
dan tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu hari nanti.
Hitam
Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana kamu ni kan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan.
Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!
Warna buah Zaiton (Olive)
Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik
hati dan suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan. Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi 'favourite' di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain mem**** buta. Dalam soal cinta, kamu cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!
Perang
Kamu seorang yang cukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai
aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang
teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain.
Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh
sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh
cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat
putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia.
Mungkin 'rezeki' kamu untuk memilikinya nanti?
Kelabu
Kebanyakan mereka yang diwakili oleh warna Kelabu ini sangat menarik
orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan
menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh
sesiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga
perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu oleh
bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati
orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.
Biru
Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri.
Selain itu, kamu juga cederung ke arah kesenian dan sememangnya kamu
berbakat dalam bidang itu hingga mampu menjadikan kerjaya berkaitan
dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat
jatuh cinta tapi seri ngkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain
bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benar
menyintai si dia setulus hati. Silap sendiri lah kan ? Kalau kamu mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih seri us dan ikhlas.
Biru Laut
Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala galanya.
Bagi kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu
juga seorang yang berpersonaliti menarik hingga seri ng menjadi
perhatian ramai. Selain itu, kamu juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhati hati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu marah pada seseorang, sukar kamu nak melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan orang lain. Sebab itu juga kamu seri ng bertengkar dengan si dia. Mana taknya, ego sangat nak maafkan orang lain sedangkan kamu sendiripun ada melakukan kesilapan!
Putih
Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk
mendapatkannya. Orang lain juga seri ng memberikan penghargaan tinggi
terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam
pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga seri ng tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya!
Biru kehijauan (Aqua)
Mak oi! Angin satu badan kamu ini rupanya. Senang sangat mood kamu
berubah secara tiba-tiba hingga kadangkala buat orang lain bosan.
Mungkin sebab itu juga membuatkan kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman.
Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain. Dari segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu
mudah percaya pada orang lain membuatkan kamu seri ng tertipu serta gagal dalam bercinta...!
Minah Tertipu
aku ade teman lelaki
name teman lelaki aku Mat
kitorang dah lame kenal
dah lama saling sayang menyayang
kalo lepak same2 pon kadang2 dah naik bosan
tapi satu hari tu
kitorang keluar laa jalan2 macam biase
tapi aku terase lain macam sket
si Mat bawak aku pegi kedai emas
die nak beli cincin
hadiah untuk kakak die katenye
lpas tu die bawak pegi kedai baju pengantin
nak usha2 baju utk kakak die jugak katenye
aku pon ikut je laaa
tapi si Mat beriyer tanye aku yang mane yang aku paling suka
lpas tu, kitorang pegi kedai bunga
Mat beli sejambak bunga ros merah
pun untuk kakak die jugak katenye
aku pon malas laa nak tanye banyak2
same je jawapan die dari tadi
tak lama lpas beli bunga tuh
tibe2 Mat berenti..
die berdiri tegak memandang ke arah aku..
mukanya agak kemerahan
panas kot
tapi die senyum2..
dan tunduk memandang kasut sendiri
tibe2 die 'go down on one knee'
maka secara automatik aku pon teringat laa lagu avril
"i want to see you go down on one knee..marry me today..."
Mat memanggil nameku..
"Minah..."
sambil menghulurkan cincin dan bunga ros tadi
aku terdiam....
aku terpaku di situ...
perasaanku mula bergelora
sudah terbayang pelamin indah tempat kami bersanding
tiba2 terbayang keluarga dan anak2
tanggungjawab yang berat terhadap keluarga
sudah bersediakah aku...?
tetapi aku gembira
dalam tak sedar, airmataku mengalir perlahan di pipi
Mat masih tunduk...
die memanggil namaku lagi skali
"Minah..."
dalam tangisan kegembiraan aku menoleh ke arah Mat
dan pada masa yang sama juga Mat mendongak
memandang ke arahku
mata bertentang mata..
Mat bersuara...
"Laaaa..ni apsal nangis2 nih?? Tetibe je..gile ape??
Dah laaa orang panggil banyak kali tak jawab..
tolong laaa pegang bende2 ! ni jap..aku nak ikat
tali kasut nih..cepat laaa..panas
nih..ishhhh..susah btol orang sentimental nih..."
Dan aku pon meraung bagai nak gile
malunye aku
hampeh ko Mat..bile nak masuk minang nih..??
Sunday, September 23, 2007
Cermin 2 arah
BAGAIMANA MENGENAL PASTI CERMIN 2 ARAH ?
Ketika kita masuk ke toilet awam, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah(orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka). Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelakiAdalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja. Saatnyalah kita untuk berhati-hati. Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 arah?. Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya 2 arah tapi untuk di Public Area do this thing:
LAKUKANLAH TEST SEDERHANA
1. TEST DENGAN KUKU JARI
Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap)antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin,dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat). Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah ! Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU JARI". Tidak perlu membayar.
2. TEST DENGAN NAFAS.
Hembus nafas hampir dengan cermin, jika ada kesan nafas/haba di cermin , maka selamat, jika tidak besar kemungkinan Ianya cermin 2 arah.
3. BUNYI
Cuba ketuk cermin tersebut dengan jari slow2, kuat kang pecah plak , jika ianya tidak berbunyi atau bunyi perlahan, Maknanya ia melekap didinding, jika berbunyi kuat pastinya ada ruang kosong/berongga dibelakang Cermin tersebut. Mudah dilakukan, dan ini mungkin bisa menyelamatkan anda dari "PERKOSAAN VISUAL" !Thursday, September 20, 2007
HaRi2 PentinG dAlam ISLAM
TARIKH | HARI2 PENTING | GANJARAN |
1hb Syawal | ?Haram berpuasa pada hari ini? Puasa Enam(Sunnah) - Berpuasa 6 hari selepas Aidilfitri dalam bulan Syawal. | Berpuasa dibulan Ramadan, kemudian melakukan 6 (puasa) dalam Syawal, adalah seperti puasa sepanjang tahun. |
Bulan Zulkaedah | Rasulullah s.a.w. meninggalkan Kota Medinah menuju ke-Mekkah untuk menunaikan Haji Wida? (Haji penghabisan) baginda disertai seramai 10,000 kaum muslimin. | Sesiapa yang keluar mencari ilmu pengetahuan (Agama)*, dia di dalam perlindungan Allah sehingga dia pulang. * Jika orang itu mati ketika pencariannya itu, dia mati syahid. |
1hb Zulhijjah | Allah mengampuni Nabi Adam ?Alaihis salam. | Barang siapa yang berpuasa pada hari itu, maka Allah mengampuni segala dosanya. |
2hb Zulhijjah | Allah telah megkabulkan doa Nabi Yunus ?Alaihis salam dan mengeluarkan dari perut ikan. | Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka seperti orang yang beribadah kepada Allah Taala selama satu tahun serta tidak menderhakai Allah dalam ibadahnya sekejap mata. |
3hb Zulhijjah | Allah telah mengkabulkan doa Nabi Zakariyah ?Alaihis salam. | Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka Allah mengkabulkan doanya. |
4hb Zulhijjah | Nabi Isa ?Alaihis salam dilahirkan. | Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka Allah menghilangkan kesusahanya dan kefakirannya. Dan besok dihari qiamat bersama dengan orang-orang yang baik-baik dan yang mulia. |
5hb Zulhijjah | Nabi Musa ?Alaihis salam dilahirkan. | Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka dia bebas terhindar dari munafik dan dari siksa kubur. |
6hb Zulhijjah | Allah Taala telah membuka kebaikan untuk Nabinya. | Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka Allah memperhatikannya dengan kasih sayang dan dia tidak disiksa sesudah itu. |
7hb Zulhijjah | Semua pintu neraka jahannam ditutup dan tidak dibuka sehingga berlalu hari-hari yang sepuluh itu. | Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka Allah menghindarkandaripadanya 30 pintu kesukaran dan membukakan baginya 30 pintu kemudahan. |
8hb Zulhijjah | Hari Tarwiyah. | Barang siapa berpuasa pada hari itu, dia diberi pahala yang hanya diketahui oleh Allah Taala sendiri. |
9hb Zulhijjah | Hari Arafah | Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka sebagai tebusan dosanya pada tahun yang lalu dan yang akan datang. Dan pada hari itu juga diturunkan ayat: ?Pada hari ini telah aku sempurnakan bagimu akan agamamu dan aku sempurnakan pula ni?matku kepadamu?. |
10hb Zulhijjah | Hari Raya Aidiladha Haram berpuasa pada hari ini. | Barang siapa berkurban dengan suatu kurban, maka mulai titisan darah yang terjatuh ditanah, Allah mengampuni semua dosanya dan dosa-dosa kelurganya dan barang siapa memberi makan orang mukmin atau bersedekah dengan satu pemberian, maka Allah Taala menimbangnya menjadi lebih berat dari Gunung Uhud. |
|
| Diceritakan dari Sufyan, bahawa dia berkata:?Saya mengitari kubur-kubur orang Islam diKota Bashrah pada beberapa malam dibulan Zulhijjah. Tiba-tiba ada cahaya dikubur salah seorang dari mereka. Maka saya berhenti sambil berfikir. Pada saat itu ada suara keras yang mengatakan: ?Hai Syufyan, supaya engkau berpuasa 10 hari dibulan Zulhijjah, maka akan diberikan kepadaMu seperti cahaya ini?. |
Akhir Zulhijjah & 1hb Mharram |
| Nabi s.a.w. bersabda: ?Barang siapa berpuasa pada hari-hari itu, maka sungguh dia telah mengakhiri tahun yang lalu dan membuka tahun men datang dengan berpuasa dan Allah telah menjadikan/memberikan baginya tebusan dosa selama 50 tahun?. Dari Siti Aisyah bahawa dia berkata:?Sungguh Rasulullah s.a.w telah bersabda: Tidak satu hari pun yang disaat itu Allah memerdekakan para hambanya dari neraka lebih ramai daripada yang dia bebaskan pada hari Arafah?. Sabda Rasulullah s.a.w.: ?Satu bacaan yang paling utama saya baca dan dibaca oleh para Nabisebelumku pada hari-hari yang 10 ini ialah: ?Tidak ada Tuhan melainkan Allah dengan sendirinya?. |
10hb, 11hb, 12hb &13hb Zulhijjah | Hari-hari yang diharamkan berpuasa |
|
Bulan Safar | Peperangan Bani Khaibar & Bani Qianuqak | Berpuasa selang hari ?Puasa Sunnah yang terbaik diantara puasa-puasa Sunnah dalm setahun?. |
2, 3 & 4hb R?awal 12hb R?awal | Peristiwa persembunyian Rasulullah s.a.w. & Sayyidina Abu Bakar di Gua Hira untuk berhijrah keMedinah. Hari keputraan Rasulullah s.a.w. | Doa seseorang hamba yang berpuasa, akan diterima oleh Allah. |
Bulan R?akhir | Peperangan Jamal(Unta) - perang saudara pertama dalam sejarah Islam | Sesiapa yang berpuasa sehari dijalan Allah, akan meletakkan sebuah parti diantara dirinya dan api neraka sebesar jarak diantara Langit & bumi. |
8hb Jamadilawal | Kelahirann Sayyidina Ali bin Abi Talib | Berpuasa pada 3 hari iaitu 13hb, 14hb & 15hb dalam sebulan, adalah seperti berpuasa untuk satu bulan. |
8hb Jamadilakhir | -Perlantikan Sayyidina Umar alKhattab sebagai khalifah ke2 -Berlakunya peperangan Yarmuk dizaman Khalifah Umar alKhattab tahun 13 Hijrah | Sesiapa yang berpuasa dijalan Allah, akan dijauhkan mukanya dari Api neraka sejauh jarak 70 tahun. |
26hb & 27hb Rejab | Berlaku peristiwa Israk dan Mikraj. | Setiap perkara itu ada dikenakan Zakat, dan Zakat bagi badan itu adalah Puasa. |
15hb Syaban | -Nisfu Syaban. -Penukaran qiblat dari Masjid alAqsa diBaitul Muqaddis ke Kabah . | Barang siapa berpuasa dari 13hb hingga 15hb dengan ketaqwaan & mengharapkan balasan(diakhirat), segala dosa-dosanya yang lalu akan diampunkan. |
Bulan Ramadan | -Bulan yang difardhukan keatas umat Islam mengerjakan ibadat Puasa. -Nuzul Al-Qur?an pada 17hb. -Berlaku peperangan Badar pada 8hb tahun ke2 Hijrah -Penyempurnaan pembukaan Kota Mekkah pada 10hb. |
DOSA MENGUMPAT HANYA BOLEH DIAMPUN OLEH MANGSA
Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Rasullah S. A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabda nya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya"(Hadis Riwayat Muslim) Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya. Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, is disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.
Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat. Sabda Rasulullah S. A. W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad) Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.
Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah S. A. W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)
Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.
Sabda Rasulullah S. A. W. bermaksud :Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi. Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui". Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti. Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya.