Suatu hari, Pak Mat berkunjung ke muzium negara, ketika itu berlangsung pameran pra sejarah.
Antara yang dipamerkan ialah rangka dinosaur. Setelah berpusing-pusing,
datanglah seorang penjaga muzium yang bernama Kamal yang sedang bertugas lalu bertanya,
Kamal: ada apa pakcik?
Pakcik: Pakcik nie nak bertanya... agak-agaknye la berapa umur dinasour nie?
Dengan penuh yakin Kamal menjawab
Kamal: Satu juta tahun, empat bulan, lima hari.
Pakcik: Terernya awak... macam mana awak boleh tahu sampai begitu sekali?
Kamal: Waktu saya mula kerje kat sini, umur dinasour ni satu juta tahun, sekarang saya dah empat bulan lima hari kat sini.
Seorang lelaki tua sedang berehat di bangku taman bunga.
Datang seorang budak kecil duduk disebelah. Si budak mengeluarkan cokelat dari poket lalu menjamahnya. Habis satu, dia mula lagi satu. Dan lagi. Dan lagi.
Si tua memerhatikan sekian lama. Apabila budak kecil mula hendak makan cokelat yang ke-10, dia mencelah,
"Nak, pakcik nak bagi nasihat sikit"
Budak kecil melihat sambil mendiamkan diri.
"Kalau makan banyak sangat makanan ringan, tak elok untuk kesihatan dan gigi rosak!"
Si budak berkata,"Datuk saya ada nasihat juga."
"Dia pun kata jangan makan makanan ringan?"
"Tak. Dia kata JANGAN MASUK CAMPUR HAL ORANG LAIN"
Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"
Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"
Pembeli: "Telur ayam."
Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"
Pembeli: "Ayam biasa."
Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"
Pembeli: "Yang tempatan."
Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?"
Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).
Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?"
Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"
Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.
cucu : ada sebuah kapal diberitakan tenggelam bersama - sama penumpang sejumlah 50 orang. tapi semuanya terselamat atuk.
atuk : kapal tenggelam dng. penumpang mana boleh terselamat ?
cucu : bagaimana tak selamat, itunya kapal selam.
Rosman Diterima Bekerja Sebagai Pelatih Di Sebuah Syarikat Multimedia. Selepas Melaporkan Diri Pada Hari Pertama Dia Masuk Ke Biliknya... Terus Mendail...
"Tolong Buatkan Saya Kopi Cepat!" Katanya Menengking.
"Maaf, Awak Salah Sambungan. Awak Tahu Dengan Siapa Awak Bercakap Ni?" Kata Suara Di Hujung Talian.
"Tidak" Jawab Rosman.
"Saya Pengarah Urusan Syarikat Ini, Awak Tahu?" Balas Suara Itu.
Rosman Terkejut. Barulah Dia Sedar Dia Tersalah Dail. Hajatnya Mahu Menghubungi Kantin.
"Encik Tahu Dengan Siapa Encik Bercakap Ni?" Tanya Rosman.
"Tak, Awak Siapa?" Balas Pengarah Urusan Itu.
"Kalau Tak Tahu Bagus..." Kata Rosman Terus Meletakkan Gagang Telefon.
Pada suatu hari Pak Pandir pergi ke sebuah pusat membeli belah dan melintasi sebuah restoran Ayam Goreng. Dia berhenti sebentar, dilihatnya pada dinding k! aca restoran tersebut tertulis papan iklan berbunyi "MAKAN SEKARANG, CUCU ANDA YANG AKAN BAYAR".
"Hah...? biar betul nie," Pak Pandir melihat ia sebagai satu kesempatan. Maka masuklah ia ke restoran tersebut dan memesan sebanyak-banyaknya, makan sampai puas. Setelah selesai, ia segera hendak berlalu dari tempat tersebut.
Tapi belum sempat ia keluar dari pintu restoran dia telah dihadang oleh seorang pelayan dan menyerahkan padanya bil makanan.
Pak Pandir: " Macammana nie, di papan iklan tertulis Makan Dulu, yang bayar nanti cucu saya."
Pelayan: " betul encik, tapi encik lihat dulu bilnya. Ini bukan bil makanan yang encik makan tadi. Ini adalah bil makanan datuk kepada encik!"
Tuesday, April 8, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment